Neymar tak jadi pindah

 

Neymar tak jadi pindah


Neymar akhirnya bersetuju untuk menandatangani kontrak bersama Paris Saint Germain (PSG) selepas komited dengan masa depannya bersama pasukan itu.

Penyerang Brazil itu berkata, dia berasakan seperti berada 'di rumahnya' di bandar raya itu dan akan terus kekal di sana.
Neymar hanya memiliki baki kontrak setahun bersama pasukan itu dan dikaitkan dengan perpindahan untuk kembali ke Sepanyol.
Namun, selepas kemenangan Liga Juara-Juara ke atas Bayern Munich pagi tadi, Neymar menjelaskan kontraknya tidak lagi menjadi isu.
Bercakap kepada TNT Sports Brazil: "Saya tidak melihat ia perlu diperkatakan lagi, saya sangat selesa, seperti berada di rumah bersama PSG.
"Saya rasa lebih gembira berbanding sebelum ini."
Presiden kelab, Nasser Al Khelaifi turut menjanjikan berita baik apabila mahu terus mengekalkan gandingannya, Kylian Mbappe.
Penyerang Perancis itu menjadi buruan Real Madrid pada musim panas ini.
Khelaifi memaklumkan kepada RMC Sport: "Kami sudah banyak melabur kepada pasukan ini untuk memenangi Liga Juara-Juara dan semua trofi yang boleh diperoleh.
"Neymar dan Mbappe tiada alasan untuk meninggalkan pasukan ini. Kami ada segalanya untuk menang semua kejohanan."

Comments

Popular posts from this blog

Economic and Financial Developments in Malaysia in the First Quarter of 2021

SDMC: Aidilfitri visits by close family members only allowed on first day of celebration SARAWAK